.Semasa kami beratur untuk membeli tiket, ada dua keluarga yang masih belum dapat membeli tiket, alasan yang di berikan, angin kuat jadi kemungkinan tiket tidak akan dijual kerana belon sukar terbang dengan angin kuat. Tengah hari pula aktiviti akan dihentikan kerana panas... Anak-anak sudah mula tunjuk muka 14 kerana mereka menyimpan hasrat untuk menaiki belon tersebut.
Rezeki kami agaknya, tidak lama kemudian ada panggilan telefon yang memberitahu bahawa tiket boleh terus di jual. Maka aku ditugaskan menemani anak-anak menaiki belon. Pilihan mereka ada belon udara dalam gambar kerana belon ini besar dan cantik berbanding yang lain...
Tetapi gambar dalam bakul belon takde...sbb asyik pegang anak perempuan yang gayat....heheheh