Thursday, August 20, 2009

Bulan Ramadhan Al Mubarak

Ramadhan menjelma lagi. Sesetengah orang mula merancang perubahan dalam hidup. Merasakan Ramadhan adalah bulan yang paling sesuai untuk memulakannya. Teringat 3 tahun yang lalu, semasa bulan Ramadhan bertungkus lumus menyiapkan novel pertama "Impian Bintang". Selalunya akan terus membuka notebook sebelum, semasa dan selepas sahur. Kiranya bangun seawal yang mungkin. Membuat dua kerja sekaligus. Menaip cerita dan memasak makanan untuk sahur. Matlamat dalam bulan puasa perlu siapkan novel ini. Mesti...Mesti...itu yang selalu di katakan. Kenangan sungguh, tahun lepas, juga bertungkus lumus menyiapkan novel "Biar Betul! Atuk" (tertangguh kerana pregnant)juga semasa bulan puasa. Akhirnya siap. Alhamdullilah.

Tahun ini, bercadang hendak menyiapkan beberapa buah buku. Mungkin masa sahur masa yang paling sesuai untuk menulis. Semoga segalanya di permudahkan dalam bulan yang mulia dan penuh dengan rahmat ini.

Selamat berpuasa semua dan semoga ibadah puasa kita lebih baik daripada tahun sebelumnya...