Wednesday, November 18, 2009

Pekerjaan : Surirumah bergaji


Sesuatu tiba-tiba melintas didalam minda.

Sebenarnya sudah terfikir sejak beberapa lama. Cuma kali ini lintasan itu lebih kuat. Serius dalam membuat kek dan jadikan sebagai salah satu sumber pendapatan.
Oh…aku memang suka masak kek…sangat suka…masak dan rasa…yang selebihnya kena minta orang lain habiskan…tetapi suka merasa kek itu selepas beberapa hari di masak. Sebabnya hendak tahu perbezaan rasa. Mencuba resipi kek yang baru juga satu kegemaran. Cuma tidak kerap kerana bimbang membazir. Maklum kalau terlalu kerap membakar kek akan timbul rasa jemu kepada yang makan…hehehe.

Seseorang yang rapat menawarkan peluang ini melalui hubby. Bukanlah semudah ABC, sekadar peluang dan yang lain masih kena berusaha sendiri. Tetapi peluang itu yang sedang difikirkan sama ada hendak di rebut atau…
Rasa bimbang tetap terselit, tetapi realitinya semua perkara ada cabaran sendiri…

Berfikir mungkin ini jalan dan caranyanya. Sementelah rancangan untuk menjadi surirumah sepenuh masa tetapi berpendapatan tetap masih dalam rancangan yang belum menjadi kenyataan.

Mungkin patut memulakan sesuatu. Langkah pertama dan lihat cabarannya. Sekurang-kurangnya langkah sudah di mulakan…beranikah? Insya-Allah dengan sokongan padu hubby dan anak-anak…