Tuesday, November 17, 2009

... perlukah!!!



"Jika hendak jadi penulis hati kena kering sebab kritikan yang diterima boleh mematikan semangat untuk terus menulis"

Takut mendengar kata-kata itu. Tetapi benarkah?. Mungkin tujuannya supaya penulis baru dan bakal penulis mempunyai semangat sekeras karang. Tidak mudah mengalah dan tunduk kepada kritikan yang keras.

Bagaimana pula dengan bakal penulis atau penulis baru yang mempunyai hati lembut?. Mampukah mereka?. Kasihan jika mereka mempunyai bakat yang baik tetapi semangat yang menyala terpadam kerana kritikan yang pedas. Mungkin ada yang memberitahu bahawa kritikan itu adalah sesuatu yang membina. Mungkin benar. Tetapi adakalanya kita sendiri tidak sedar bahawa kritikan yang kita sangka membina sebenarnya membunuh orang lain dalam diam. Demi menjaga sebuah hubungan...bimbang akan tercetus pergaduhan.

Opss jangan salah sangka...tulisan ini sekadar mengingatkan diri sendiri supaya berhati-hati apabila memberi kritikan jangan sampai membunuh satu semangat yang sedang berkobar-kobar.