Monday, March 29, 2010

Coret – Coret PBAKL 2010



Kisah 1
"Kak…Kak ambillah buku ini, sedekah ikhlas untuk anak-anak yatim,” kata seorang wanita sambil menghulurkan sebuah buku.
Wanita yang di panggil kakak tersenyum sambil menggeleng dan mengucapkan terima kasih sebelum berlalu.
Wanita yang menjual buku menghampiri kawannya lalu berkata dengan suara tinggi,”Beli buku mahal dan banyak-banyak boleh pula,”
Wanita yang di panggil kakak terasa. Tetapi dia tidak mahu menjawap. Sekadar meneruskan perjalanannya.


Kisah 2
Seorang bapa menolak kereta sorong anaknya. Keadaan yang sesak dengan pengunjung menyebabkan si bapa begitu berhati-hati sekali.
“Sudah tahu keadaan sesak masih juga mahu bawa budak-budak kecil,” rungut satu suara daripada belakang.
Si bapa tidak membalas. Tetapi hatinya berkata,”Saya tidak ada pembantu rumah dan tiada saudara mara yang tinggal berhampiran untuk membantu menjaga anak-anak sementara saya memilih buku.”
Suara di belakang masih merungut-rungut tidak puas hati. Tetapi si bapa tetap dengan tenang menolak kereta sorong anaknya.


Kisah 3
Pengumuman tentang pelancaran buku baru. Pengunjung berpusu-pusu masuk ke booth hendak melihat buku yang bakal di lancarkan. Seorang wanita segera mendapatkan petugas booth lalu bertanya di manakah rak buku baru tersebut kerana dia hendak membeli buku tersebut.
“Buku itu ada di pentas tempat di mana di lancarkan, ” jawap si petugas.
Wanita itu kehairanan. Kenapa pula di letakkan di sana? Bukankah mudah jika buku tersebut di letak sahaja di booth. Pengunjung a.k.a pelanggan akan mencarinya di booth bukan di atas pentas?. Malas hendak bertanya lebih lanjut kerana petugas itu nampaknya tidak tahu di mana buku tersebut.