Ha ha ha…tajuk yang kontroversi….sengaja letak tajuk tu
Siapa pula yang melamar dan dilamar?
Beberapa hari yang lepas, penulis kesayangan saya (penulis
kesayangan la sebab buku dia saya baca berulang kali…)melamar saya untuk satu
projek…saya terkedu, gembira dan rasa hendak lompat bintang, bulan dan planet….
Saya suka sebenarnya dengan projek itu, tapi tidak berani
menyimpan impian untuk menyertainya kerana selain takut daripada memalukan diri
sendiri, saya juga bimbang akan menjatuhkan reputasi kawan-kawan. Maklumlah
mereka penulis terkenal (juga penulis kesayangan saya….bacalah novel tulisan
mereka pasti akan jatuh chenta….)
Jadi bila dilamar, saya memang gembira, namun setiap projek
ada cabaran tersendiri. Saya cuba sedaya upaya dengan penuh gigihnya untuk
menunaikan lamaran ini (err hasrat hati sendiri yang sekian lama terpendam ha
ha ha)
Tunggulah kawan-kawan…saya sedang bertungkus dan berlumus
menyiapkanya. Sedang cuba mengawal cuaca supaya tidak ada alasan-alasan
tercipta untuk tidak meneruskan projek ini