Wednesday, June 5, 2013

You are fired!






Si dia datang lambat ke pejabat. Bila tanya jawapannya dalam perjalanan. Kemudian keluar lunch awal tapi balik lunch lewat. Sentiasa cari alasan untuk tidak datang meeting.

Bos dah mula fed-up dengan alasan-alasan yang serupa setiap hari. Nampak gayanya si dia langsung tidak kisah kerana si dia rasa dia adalah harta paling berharga dalam syarikat. Sudah tentu bos tidak berani tegur apa lagi buang dia. 

Itu yang dia fikir dan sebab itu juga dia berani menyusahkan orang lain yang terpaksa sediakan report kehadirannya ke pejabat.

Kalau rasa diri sangat bernilai di luar sana, apa kata awak berhenti dan lihat berapa banyak syarikat yang akan beratur menawarkan awak kerja dengan gaji yang lumayan ATAU awak akan jadi penanam anggur untuk satu jangkamasa….