Friday, November 7, 2014

Minta buku percuma? Perlu ke



              Minta buku percuma? Penulis tentu serba salah untuk berkata tidak, walaupun dia boleh! Yang meminta kawan baik atau kawan yang baik sikit-sikit. Tapi jika tidak diberi nanti akan dikata kedekut! Tetapi penulis juga perlu jaga hati kawan-kawan!

            Ok apa kata kita beli buku kawan kita. Tolong kawan kita dapat royalty lebih sikit. Mungkin royalty yang dia dapat hasil dari pembelian buku oleh kita setakat RM1. Eh RM1 pun kira banyak dan jika dikumpul lama-lama?

            Atau jika kita tidak cukup duit, boleh minta dia beri diskaun! Pun boleh tolong dia. Hmm jika tidak mahu beli daripada dia kerana takut tak dapat diskaun apatah lagi percuma, boleh sahaja beli dikedai buku….Sekarang kedai buku pun beri diskaun...

            Cubalah jangan minta buku diberi secara percuma. Kerana dengan buku itu penulis perlu buat promosi untuk meningkatkan jualan.