Monday, May 27, 2013

Apa buku baru…




Eh ada orang tanya ke? Awak bukan penulis terkenal pun, hanya penulis buku kanak-kanak yang kecil!

Oh, itu soalan biasa jika kita penulis tidak kira terkenal atau tidak.
Jika tanya saya…ada beberapa buah manuskrip kanak-kanak yang sudah siap tapi masih belum hantar pada mana-mana penerbit. Bukan memilih tapi entah ya, hati masih ‘lemau’

Sejujurnya saya sangat berharap agar ada buku baru tahun ini. Tapi macam mana hendak ada buku baru kalau tidak hantar dan tidak terus buat manuskrip baru?

Harap semangat juang akan muncul semula

Tuesday, May 21, 2013

Pesta Buku Lagi…




Pesta buku datang lagi? Bukan sudah lepas ke?

KLIBF2013 memang sudah lepas. Jika tahun-tahun sebelumnya “acara wajib pergi” ini saya kunjungi lebih dari sekali…tahun ini hanya sekali sahaja. Sebabnya…entah ya, tahun ini saya rasakan ada yang kurang dengan KLIBF2013. Apa yang kurang? 

Entah kurang umphh…bukan saya sahaja yang rasa, tapi anak-anak dan kawan-kawan juga komen perkara yang sama.

Ok selepas ini Pesta Buku Selangor dan READ Malaysia. Saya juga sedang fikir dan fikir sama ada hendak pergi atau tidak.

Sedang mencari mana hilangnya semangat yang berkobar-kobar setiap kali menjelang pesta buku?

Thursday, May 16, 2013

Selamat Hari Guru



Selamat Hari Guru kepada semua bekas guru saya tidak kira walau dimana pun cikgu berada. Semoga cikgu-cikgu sentiasa sejahtera selalu.

Sangat berbeza sambutan Hari Guru semasa zaman saya bersekolah. Dahulu kami anak-anak kampung memang tidak ada duit yang banyak untuk beli hadiah kepada cikgu-cikgu yang mengajar. Kami hanya mampu beri ucapan dan jamuan untuk guru kelas. Itu pun kawan-kawan sekelas berkongsi bawa makanan dan minuman. 

Sekarang pelajar beli hadiah yang mahal-mahal untuk guru. Semalam saya memang terkejut bila terdengar perbualan seorang pelajar dengan ibunya. Pelajar itu mahu beli teddy bear besar berharga RM50 sebagai hadiah untuk gurunya. Wah, bertuahnya cikgu sekarang...hmm mungkin ada pelajar yang berkemampuan beli ipad untuk cikgunya....

Terfikir pula apa perasaan pelajar yang kurang mampu...sedikit sebanyak mereka mesti terasa melihat kawan-kawan membeli hadiah yang mahal untuk guru mereka. 

Apa-apa pun saya rasa hadiah yang terbaik untuk seseorang guru adalah kejayaan pelajar-pelajarnya....:)

Tuesday, March 12, 2013

Kemalangan pada 11 Mac 2013 pukul 8 pagi


Kemalangan yang berlaku tanpa kita duga. Sekarang abang kena cuti seminggu sebab kemalangan di dalam kelas. Syukur kerana tidak kena organ bahaya. Terima kasih kepada guru bahasa inggeris yang sangat perihatin kerana sempat meluangkan masa bertanya khabar semasa abang dalam bilik kecemasan untuk dijahit luka. Risau juga tidak boleh menulis kerana minggu depan ujian formatif. Tapi dalam sakit2 pun abang sempat pesan beli krim untuk hilangkan parut....Ooo takut berparut rupanya....

Monday, February 25, 2013

Memujuk hati….



Hanya mereka yang pernah melaluinya sahaja yang tahu rasanya. Masam, masin, pahit, payau, tawar dan akhir sekali semangat mati bersama-sama…Hatikan lembut jadi kena tatang macam minyak petrol yang penuh….

Setiap orang pasti akan melaluinya dan kita tidak tahu bila giliran kita. Walaupun kita selalu bila giliran kita pula….(sebab itu font pun ala ala tulis surat chenta!)

Tidak mahu fikir dan mencari dimana silapnya. Hanya mahu beritahu hati teruskan berusaha kerana manis nanti hanya kita sahaja yang tahu….bukankah kita sudah lalui rasa-rasa itu sebelum manis dan sekarang kita rasainya lagi…. Bukankah hidup itu seperti roda dan sekarang kita berada di bawah…(ayat pujuk hati lagi….)


Oh saya memang perlukan cuti  yang panjang . Mahu tinggal dalam gua beberapa ketika dan berkawan dengan ketam ….kemudian….hmmmm 



Thursday, January 17, 2013

17hb datang lagi….





Hari ini genap sebulan abah tiada. Perasaan? Rasa kehilangan yang amat sangat dan 2013 sudah tidak sama lagi seperti tahun-tahun sebelumnya.  Sekarang setiap kali balik rumah hati mesti berkata-kata beritahu abah, kitaorang balik. Mesti bila nak balik plan nak beli roti kegemarannya walaupun sekadar perancangan atau bancuh air nescafe untuk minum petang yang selalunya abah akan tuang dahulu  untuknya ke dalam cawan. Tapi semuanya sudah tidak berlaku sejak abah keluar masuk hospital dan terus pergi.

Cuba untuk berdiri seperti biasa sama masa abah, nenek, atuk dan wan ada….cuba berdiri seteguh yang mungkin. Al-Fatihah untuk mereka….

Wednesday, December 19, 2012

Dalam Kenangan…17 Dec 2012



 



Empat tahun yang lalu, kehilangan adik amat dirasakan, dua tahun kemudian pakngah menyusul dan selepas dua tahun nenek pula pergi kini 100 hari selepas kehilangan nenek, abah pula pergi. 

Terkejut sangat sangat terkejut, namun redha dan percaya dengan janji tuhan dan sedar itu yang terbaik walaupun sayu pilu melihat airmata emak. Tidak ada kata untuk menenangkan emak kerana semua kata-kata tidak mampu menahan airmata emak.

Dengan doa semoga tenang, aman dan damai dan di tempatkan dikalangan mereka yang beriman. Insya-allah selagi ada nyawa dikandung badan kami adik beradik akan jaga emak.  Abah kekal dalam kenangan.  Al Fatihah.