Wednesday, March 3, 2010

Kakak

Oh…

Petang 1 Mac ambil kakak dan adik daripada rumah pengasuh. Sebaik sampai depan pintu pagar, kakak dah tunjuk muka 18… hmm adalah tak kena kat mana-mana…

“Mama, teacher kata kakak bodoh,” kata kakak sebaik sahaja aku masuk dalam kereta.

Muka kakak dah lain macam…hujan akan turun sebentar lagi…

“Kenapa pula teacher kata kakak bodoh?. Kakak main-main dalam kelas ya?” soal ku.

“Mana ada main-main?” nada suara sudah semakin sedih.

“Kakak berbual-bual ya, masa teacher suruh buat kerja?” menyoal lagi.

“Ya kakak berbual sikit tapi kakak siapkan kerja,” airmata sudah mengalir.

“Mungkin teacher bukan cakap dengan kakak, tapi cakap dengan semua pelajar dalam kelas,” cuba mencari maklumat.

“Tidak…teacher tunjuk kakak,” tinggi sikit suaranya.

“Ok, jangan nangis, esok mama jumpa teacher tanya,” cuba memujuk.

Kakak sudah tidak menangis. Tetapi sesuatu yang berbeza. Sampai rumah terus tengok tv, rutin semasa hari sekolah sampai rumah terus tenguk buku atau buat latihan.

Esok pagi semasa hantar kakak sekolah, terus jumpa guru kelas untuk bayar yuran. Masa itu kakak sudah menangis tidak mahu sekolah. Aduh susah ni…nasib baik guru kelas pandai pujuk.

Masa di hospital semasa menunggu doktor teacher telefon. Menerangkan apa yang berlaku. Dalam masa yang sama teacher mengakui dia ada mengatakan seorang pelajar bodoh tetapi bukan kakak. Tetapi aku terpaksa meminta untuk memutuskan talian dan menghubungi teacher semula kerana doktor sudah berdiri di hadapan untuk melihat luka sebelum di cuci.

Tapi sehingga hari ini aku tidak telefon teacher semula. Tetapi hanya meminta kakak membuat lebih banyak latihan menulis, membaca, mengira. Komen… tiada. Matlamat hanya mahu kakak lebih baik…