Thursday, December 8, 2011

Kecewakah?



Hujung tahun selalunya masa pekerja mengira sumbangan (tidak kira ikhlas atau tidak!) yang telah dilakukan kepada syarikat untuk diterjemahkan ke dalam bentuk wang ringgit. Kemudian selepas berhempas pulas mengisi borang yang telah disediakan oleh pihak HR, maka borang itu diserahkan kepada ketua jabatan untuk tanda tangan pengesahan. Ya, sebab dengan tanda tangan itu pekerja sudah boleh mengira bonusnya. Tapi itu kalau ketua jabatan yang ‘baik hati’ bagaimana kalau yang mengadakan sesi ‘soal siasat’ atau sesi ‘balas dendam’ alamat habislah bonus tahun itu…atau mungkin diberi hanya ‘cukup makan’. Jadi kecewakah kita? Tahun hadapan bagaimana? Perlukah mengemaskini resume untuk mencari tempat baru?



Hujung tahun juga masa untuk penulis bertungkus dan berlumus menyiapkan manuskrip yang telah diluluskan. Penulis juga dalam masa yang sama berfikir, wah tahun ini ada 50 buah buku bakal terbit dan sudah terbayang berapa banyak habuan tahun hadapan. Dalam masa penulis mengira-ngira habuan, penulis menanti surat chenta daripada editor, namun hingga tarikh 31 Disember tidak ada sebuah pun buku terbit. Kecewakah kita?  Apakah rancangan seterusnya? Cari penerbit baru?