Tuesday, January 31, 2012

Susahnya menjadi baik


Tempat kerja kita merancang hendak mengadakan hari keluarga. Kita salah seorang daripada AJK utama.  Kita terus bekerja selepas tugasan diberi. 

Kita bekerja tanpa memikirkan tentang AJK Utama lain yang nampaknya tidak kisah langsung dengan tugasan mereka. 

Pengerusi pula hanya pandai melontar soalan setiap kali mesyuarat, “Itu dah siap? Ini dah siap? Macam mana dengan persiapan? Siapa datang? Makanan macam mana?. 

AJK Utama yang lain tidak sesibuk kita. Mereka masih boleh bersantai walaupun hari keluarga syarikat semakin hampir. Kita pula bertungkus dan berlumus memastikan hari keluarga ini berjaya. 

Sehingga sampai masanya kita tidak dapat menghadirkan diri lebih awal kerana perkara yan tidak dapat dielakkan. Kita pula sampai ke tempat hari keluarga selepas separuh daripada aktiviti berjalan. Semasa kita sampai salah seorang AJK UTAMA kata “datang lewat mesti balik cepat . Mesti malas hendak tolong kemas,” katanya dengan jeling tajam.

Kita terkedu mendengar kata-kata sindiran AJK Utama itu. Selama ini kita yang bertungkus lumus bekerja. Dia, Si AJK Utama, masa mesyuarat pun hanya datang sekali dua sahaja. Itu pun tidak sempat mesyuarat habis sudah keluar atas alasan ada kerja lain.

Kita?

susahkah hati kita jika kita tidak menyindir orang lain?. Tidak, kita mungkin tidak sedar apa yang kita kata kerana kita penat. Tetapi kita boleh berlatih mengawal mulut kita. Kita perlu lihat sekeliling, orang lain lakukan kerja awal mungkin dia mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti dia terpaksa datang lewat ke Hari Keluarga. Jadi apa salahnya kita bantu sahaja kerana selama ini kita pegang sahaja jawatan AJK Utama tanpa membantu kawan tadi....