Thursday, March 29, 2012

Apaa yang penting…KERJASAMA


Senangnya hendak nyanyikan lagi wonderpets ni kan…

Tetapi tidak semudah itu untuk menunaikan. Alah setakat nyanyi sahaja bukan suruh buat kerja atau angkat batu bata pun…

Dalam dunia pekerjaan ini memang seringkali berlaku. Contoh paling senang, receptionist ke tandas, dan telefon pejabat sudah menjerit-jerit macam hendak pecah, tetapi orang lain dalam pejabat langsung tidak peduli untuk jawab telefon. Langsung tidak fikir, panggilan itu mungkin business untuk mereka…sebab utamanya, ala itu kerja receptionist, biarla dia angkat telefon. Nanti dia tidak ada kerja pula.

Ok tanpa kita sedar, si receptionist tadi dimarahi oleh ketua kerana tidak menjawab panggilan daripadanya. Si ketua menyangka tidak ada orang di pejabat atau masih tidak ada orang datang bekerja!

Kalau kita fikirkan secara waras…WARAS ok…angkat telefon sahaja dan bukan kerja susah pun. Bukan suruh bina bangunan seorang diri pun. Tapi kalau sikap malas…MALAS dan PENTINGKAN DIRI SENDIRI…(eh I, pengurus ok!, jadi mana layak angkat telefon) sudah bersarang, jangan kata angkat telefon, buang sampah atas meja sendiri pun rasa macam hendak mati. KASAR? SARKASTIK? Ya…tapi fikirlah…

Jangan fikir pangkat yang bertingkat-tingkat itu akan menyebabkan orang menghormati awak jika malas…(hormat la masa hendak sign bonus) yang lain sendiri mau ingatlah…

Cuba sesekali memahami orang lain…faham orang lain bukan kena bayar pun…tapi ganjarannya sangat besar….

Monday, March 26, 2012

Baby baru


Syukur Alhamdullilah dengan kelahiran baby baru ini. Erk, sebenarnya masih di kilang cetak…belum cetak pun tapi sudah ada kaver yang chomel. 

Terima kasih kepada editor PTSOne yang bertungkus lumus membantu saya yang masih merangkak sekian lama. Entah bila hendak pandai berdiri, berjalan dan seterusnya berlari.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada illustrator kerana menjadikan kaver yang begitu chomel sehingga saya asyik memandang kaver itu dengan rasa tidak percaya. 

Oh, benarkah kaver buku chomel itu milik saya…ha ha ha ha perasannya…(hello ada lagi kaver yang cantik tau!)

Buku ini sebenarnya dituju khas untuk Alya Firzana a.k.a kakak yang sedang berdebar-debar menunggu temujanji dengan doktor gigi....

Friday, March 23, 2012

Abang 11 tahun




Hari ini abang genap 11 tahun. Dan sebelas tahun yang lalu abang melihat dunia pada hari jumaat. Masih terngiang-ngiang kata Doktor Fatimah, “Jangan makan tengahari dulu. Awak mungkin perlu dibedah”

Saya menandatangani surat pembedahan kerana baby tidak mahu keluar walaupun sudah di induce sebanyak 2 kali…

Ya, tepat 5.45 petang jumaat, suara abang nyaring kedengaran.

Terima kasih abang, kerana menjadi penyeri kepada kehidupan abah dan mama. Semoga abang terus menjadi anak yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat

Monday, March 19, 2012

Tidak bersyukurkah?





Kita masih ada tempat tinggal walau bukan sebuah istana

Kita masih dapat menikmati makanan walau bukan yang mahal

Kita masih mampu menjalani kehidupan walau sederhana

Sebenarnya kita mampu melakukan banyak perkara. Cuma kerana kita selalu membandingkan 

diri kita dengan orang yang lebih MAMPU, maka kita rasa kita dalam serba kekurangan, serba 

kedaifan dan serba tidak kena.

Cubalah pandang pada mereka yang kurang segala-galanya daripada kita. 

Dan kita akan sedar kelebihan yang kita miliki dan sedar bahawa kita sebenarnya ada lebih keistimewaan yang tidak kita sedari.

Thursday, March 15, 2012

Tertanya-tanya



Kita tertanya-tanya mengapa jiran sebelah rumah tidak lagi ramah seperti dulu

Kita tertanya-tanya mengapa pelanggan semakin kurang datang ke kedai kita

Kita tertanya-tanya mengapa kawan-kawan semakin menjauhkan diri

Kita tertanya-tanya mengapa pembekal mengurangkan jumlah bekalan

Kita tertanya-tanya mengapa kesusahan sering melanda kita

Kita terasa seperti diketepikan, tidak dipedulikan dan kita tertanya- tanya

Kita tertanya-tanya mengapa orang lain boleh melakukan tetapi kita tidak

Selama mana kita mesti tertanya-tanya?

Mungkin kita patut dapatkan jawaban kepada setiap pertanyaan?

Soalannya, adakah semudah itu mendapat jawaban?