Hari ini abang genap 11 tahun. Dan sebelas tahun yang
lalu abang melihat dunia pada hari jumaat. Masih terngiang-ngiang kata Doktor
Fatimah, “Jangan makan tengahari dulu. Awak mungkin perlu dibedah”
Saya menandatangani surat pembedahan kerana
baby tidak mahu keluar walaupun sudah di induce sebanyak 2 kali…
Ya, tepat 5.45 petang jumaat, suara abang nyaring
kedengaran.
Terima kasih abang, kerana menjadi penyeri kepada
kehidupan abah dan mama. Semoga abang terus menjadi anak yang baik dan berjaya
di dunia dan akhirat