Syukur Alhamdullilah dengan kelahiran baby baru ini.
Erk, sebenarnya masih di kilang cetak…belum cetak pun tapi sudah ada kaver yang
chomel.
Terima kasih kepada editor PTSOne yang bertungkus lumus membantu saya
yang masih merangkak sekian lama. Entah bila hendak pandai berdiri, berjalan dan seterusnya berlari.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada illustrator
kerana menjadikan kaver yang begitu chomel sehingga saya asyik memandang kaver
itu dengan rasa tidak percaya.
Oh, benarkah kaver buku chomel itu milik saya…ha
ha ha ha perasannya…(hello ada lagi kaver yang cantik tau!)
Buku ini sebenarnya dituju khas untuk Alya Firzana a.k.a
kakak yang sedang berdebar-debar menunggu temujanji dengan doktor gigi....