Monday, March 12, 2012

Merbahayakah sindrom ini?


Sejak kebelakangan ini diserang penyakit mengulang baca novel-novel dalam simpanan bermula (sebenarnya saban masa pun kena sindrom ini!). Hampir setiap hari mesti ada dua buah novel dalam beg khas. 

Oh, novel-novel yang seringkali diulang baca adalah novel-novel kesayangan. Dah lupa kira berapa kali ulang baca…tetapi tidak pernah jemu membacanya. Malah mampu mengingati jalan cerita keseluruhan, part mana yang di sukai, part mana yang sedih dan part mana yang hendak diulang baca berkali-kali. Paling bangga (untuk diri sendiri) kalau boleh ingat dialog dalam novel itu. Ala, ini bukan satu perkara yang pelik, sebab ada orang yang sukakan movie sehingga menontonnya berulang-ulang kali sehingga hafal

Apakah itu tandanya KLIBF 2012 sudah semakin hampir? (sebenarnya tidak ada kena mengena dengan KLIBF pun!)

Hahaha alasan yang sengaja dicipta untuk menambahkan koleksi kesayangan yang sedia ada. Menjelang KLIBF 2012, ada beberapa pesta buku yang bakal dan sedang berlangsung. Cuba sedaya upaya menahan diri daripada membeli sebarang novel kerana sudah berjanji dengan diri sendiri akan memborong sakan semasa KLIBF 2012.

Oh, hati bertabahlah…hanya sebulan lebih sahaja lagi….Apa sebulan lebih…aduh takut terlanggar janji dan terpaksa beli novel baru selepas ini…..