Friday, March 9, 2012

Komen



“Eh gemuknya awak, mesti tidak jaga makan?

“Kurusnya, putus cinta ke?

“Kawan-kawan lain semua sudah berkeluarga tapi awak masih sendiri. Takkan la kecewa sampai mahu membujang seumur hidup”

“La masih berdua?. Korang merancang ke? Ingat umur bukan semakin muda. Besok dah tua, anak-anak baru masuk tadika”

“Awalnya hendak balik?. Datang sekadar hendak makan atau tunjuk muka saje,”

“Lambatnya datang. Tetamu pun dah ramai yang balik. Kalau macam ni baik tidak payah datang”

“Awak mengandung lagi ke? Perut tu nampak buncit”

“Boleh ke pakai saiz ni?. Awak bukan pakai saiz XXXXXXXL ke?

Pernah dengar?

Mungkin pernah kena?

Atau kita sendiri yang cakap.

Motifnya…. Kalau tidak ada perkara penting hendak dibualkan baik diam dan senyum sahaja kerana kita tidak tahu berapa bakul kita disumpah atau menyumpah