Wednesday, March 7, 2012

Rasa


Pernah tak kita rasa hendak berhenti dari melakukan semua kerja?

Kita mahu duduk diam dan kalau boleh dalam gua dan berkawan dengan ketam sahaja?

Kita rasa kita sudah lakukan segala yang termampu tapi masih ada yang rasa apa yang kita lakukan tidak sebagus, sehebat dan sebaik dia?

Kita hanya melepaskan rasa penat, letih, stress dan pelbagai rasa bila bersendirian kerana kadang kala kita rasa orang lain tidak faham atau sebab kita tahu orang akan keluarkan kenyataan “eleh ada orang lebih teruk daripada awak, itu pun nak kecoh”?

Tapi sanggupkah kita menanggung sakit akibat tekanan yang kita hadapi?

Pernahkah kita fikir adakah “langau” ini akan menghulurkan bantuan atau menemani kita saat kita jatuh?

Atau “Si Langau” tetap dengan sikap-sikap “terpujinya”

Nasihat pada diri sendiri, teruskan usaha kerana semuanya akan bermula dengan sukar dan bertambah sukar dengan kehadiran “langau”. Tetapi selepas sedikit kesenangan mengintai, “langau” masih ada tetapi bunyinya akan lebih merdu. 

Biar jatuh berkali-kali, biar semangat dilemahkan berkali-kali, biar impian diperkecilkan berkali-kali, kerana hanya kita dan kita sahaja yang tahu betapa indahnya semua itu bila impian tercapai.