Friday, February 27, 2009

Karnival Lagi...la...la...la...


Seronoknya...senyum sampai ke telinga.

Walaupun hanya mini karnival tetapi tetap rasa gembira dan berkobar-kobar untuk pergi...ada banyak majalah yang hendak dibeli dalam senarai...hmmmm bibir dah takleh nak katup...asyik senyum jer


Wednesday, February 18, 2009

Antara Hasrat dan Impian...





Satu masa dahulu pernah menyimpan hasrat untuk menulis. Walaupun keinginan itu tidak kuat. Tetapi keazaman untuk memiliki novel amat tinggi. Sedihnya masa itu mana ada duit hendak beli novel. Jadi belanja sekolah di simpan semata-mata hendak membeli buku yang diminati. Pernah sekali dua menangis kerana kehilangan novel kesayangan. Puncanya kerana terlalu baik meminjamkan novel kepada teman. Teman itu pula entah bagaimana terlupa dan terus "terhilangkan" novel tersebut. Apalagi berlinangan airmata memikirkan betapa susah payahnya mengumpul duit belanja sekolah selama berbulan-bulan. Tapi kalau sudah bukan rezeki, ianya tetap bukan rezeki.

Sekarang sudah bekerja. Kelebihan untuk membeli novel memang sentiasa ada. Jualan Gudang Alaf21 dan Utusan Publication memang dinanti-nantikan untuk membeli buku bahasa malaysia. Jualan Gudang MPH pula untuk buku-buku bahasa inggeris. Tidak lupa juga Pesta Buku Antarabangsa setiap April. Ini adalah aktiviti wajid hadir untuk setiap tahun. Anak-anak pun sudah mula menyintai buku...eh nampak gayanya satu bilik kena ubah suai jadi library. Hmm bagus juga sebab abang sekarang sudah jadi pengawas pusat sumber sekolah....





Wednesday, February 11, 2009

MeNtOl PaDaM!

Pening...pening...

Hari ini langsung takde idea untuk menulis...

Mentol padam. Mentol ganti pun takleh nak guna. Abeh camno...

Harap-harap lepas ini mentol akan menyala, walaupun sekadar berkelip-kelip macam tak cukup letrik. Daripada terus terpadam.

Apabila mentol padam, banyak kerja yang tertangguh. Lebih teruk lagi bila mentol-mentol menyala, idea yang ada menjadi seperti rojak. Kena susun balik satu persatu. Tapi ok juga dari terus hilang hingga tidak dapat di kesan.

Tuesday, February 10, 2009

Laskar Pelangi

mimpi adalah kunci
untuk kita menaklukkan dunia
berlarilah tanpa lelah
sampai engkau meraihnya
laskar pelangi
takkan terikat waktu
bebaskan mimpimu di angkasa
warnai bintang di jiwa

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia
selamanya

cinta kepada hidup
memberikan senyuman abadi
walau hidup kadang tak adil
tapi cinta lengkapi kita

laskar pelangi
takkan terikat waktu
jangan berhenti mewarnai
jutaan mimpi dibumi

menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah syurga
bersyukurlah pada Yang Kuasa
cinta kita di dunia

laskar pelangi
takkan terikat waktu

Tuesday, February 3, 2009

Gambar-gambar semasa Jualan Gudang

Konpius buku mana yang hendak dibeli...kalau ikut hati nak beli sumer tapi....


Jualan Gudang lagi...seronoknya....



Keseronokkan dan kepuasan membeli buku masih terasa-rasa sehingga kini....


Monday, February 2, 2009

Jualan Gudang...

Seronoknya apabila membaca tajuk diatas. Lebih seronok lagi jika kita sama-sama memeriahkan jualan gudang.

Sabtu yang lepas 31 Jan 2009, saya pergi ke jualan gudang anjuran Alaf 21. Ya! jualan novel-novel ,buku-buku masakan dan buku-buku motivasi. Yahooo!!!! seronoknya... rambang mata melihat buku yang banyak. Rasa macam nak beli semua sekali...:). Kebanyakkan buku diberi diskaun 30%. Hehehehe...berkira-kira berapa budget nak beli buku...sebab ada satu lagi jualan gudang iaitu Utusan Publication.

Tetapi apa yang menarik, Alaf 21 menyediakan minuman sejuk dan makanan ringan untuk pengunjung yang datang. Inilah pertama kali saya melihat jualan gudang yang menyediakan air dan makanan ringan secara percuma. Layanan dari petugas juga bagus...

Semoga tahun hadapan Alaf 21 akan mengadakan jualan gudang sekali lagi...Hmm lepas ini Pesta buku antarabangsa pada bulan April....

Friday, January 30, 2009


Buku cerita ala-ala bedtime stories...tetapi ini versi melayu dan keistimewaannya adalah cerita ini hasil nukilan penulis-penulisnya sendiri tanpa meniru cerita-cerita bedtime stories yang telah sedia ada.

Tanda Ingatan Seorang Teman



Masa bersama tidak akan kembali. Tetapi kenangan antara kita tetap abadi. Semoga persahabatan antara kita terus kekal. Terima Kasih Wai Kheng!

Pura-pura atau sengaja lupa

"Ok semua cheque tu kena bank-in kan sekarang,"
Pekerja ambil cheque. Isi borang dan terus keluar dari pejabat. Setengah jam kemudian ketua keluar dari bilik.
"Ish mana dia ni. Takkan la masukkan cheque begitu lama," rungut ketua.
Satu jam kemudian pekerja balik. Wajahnya berpeluh-peluh dan berminyak.
"Hah! lamanya kamu pergi bank!" sergah ketua.
"Kamu pergi bank atau melencong ke tempat lain," ketua membuat tuduhan.
Pekerja diam. Panas juga hatinya mendengar tuduhan melulu tadi.
"Kenapa lambat?" ternyata ketua tidak puas hati.
"Saya pergi bank," jawap pekerja
"Saya tahu. Tapi kenapa kamu lambat?" tinggi nada suara ketua.
"Saya jalan kaki. Encik tahukan saya tiada kenderaan. Jadi saya kena jalan kaki walaupun jarak bank dengan pejabat hanya 5 min," pekerja memberitahu.
Ketua terdiam. Sudah 2 tahun pekerja itu bekerja dengannya. Sedari awal dia tahu pekerja itu tiada kenderaan. Tetapi entah mengapa hari itu dia rasa hendak marah. Disebabkan itu dia lupa pekerjanya itu harus berjalan kaki ke bank.

Rasa marah yang entah apa sebabnya membuatkan ketua hilang pemikiran yang waras...

Hmmm kasihan pekerja. Sudahlah penat kena marah pula...